SATU KAPAI 2 NAKHODA.... PAS CACA MERBA...

Written by Ninja Turtle on Sunday, March 22, 2009 at 11:28 AM

Mursyidul am PAS menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal parti itu dan mengingatkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar berbincang dengannya sebelum membuat keputusan isu penubuhan kerajaan campuran.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti PAS,

Kita renungkanlah sifat yang ada pada Parti Komunis dan Parti PAS

MESTI FANATIK KEPADA PARTI
Penganut PAS dan Komunis memang ada satu persefahaman

MESTI UTAMA BENDERA PARTI
Orang Komunis suka pasang itu bendera bintang 3 lekat lumah lia, orang PAS pun suka pasang bendera bulan lekat lepan lumah

MESTI BERKORBAN HARTA UNTUK PARTI
Orang Komunis dulu curi duit, bagi parti tapi KOMANDER hidup senang curi duit parti (LAI TECK itu KOMANDER sibilum CHIN PENG) Orang PAS curi jugak duit orang kampong dalam ceramah, duit memali dan duit Masjid Al Hana

ORANG LUAR PARTI KAFIR
Orang Komunis cakap sesiapa tak sokong depa KAFIR(lia pun tatak picaya tuhan)mesti mau lawan pun selupa orang PAS cakap orang luar dari PAS punya parti KAFIR sama SIKULAR mesti mau lawan juga

AGAMA SEBAGAI CANDU
Orang komunis tidak percaya agama dan depa cakap agama selupa PEK HUN, orang PAS pun selupa pasai depa pulak putar bilit agama selupa olang mabuk PEK HUN

MESTI TAAT PADA PEMIMPIN
Orang komunis mesti setia sama komander nanti kena tembak selupa olang PAS mesti setia pada TOK GULU nanti tak boleh masuk syurga

PRESIDEN PARTI TIDAK ADA KUASA
Dalam Parti Komunis orang yang banyak cakap itu SETIAUSAHA AGONG selupa PAS yang banyak cakap plak MURSYIDUL AM

SO HANG PA PIKIAQ LA, SAMA KA DAK PARTI KOMUNIS DENGAN PARTI PAS

UNIKNYA PAS...............

Written by Ninja Turtle on Sunday, March 15, 2009 at 3:58 PM

Mereka suka maki hamun. Mereka bergelak sakan bila pemimpin atau penceramah mereka memaki hamun pemimpin kerajaan dan UMNO di dalam masjid dan di atas pentas. Lebih dari itu, kata orang PAS lagi, mereka juga perlu diberi peluang memberi penerangan di kaca TV.
Tetapi, hairannya, bila Mat Sabu diberi peluang memberi penerangan berulang-ulang mengenai PM di kaca TV, mereka marah. Mereka juga marah bila Nik Aziz diberi peluang mengucapkan ‘barua’ kepada PM di dalam TV. Hairan, kenapa mereka tidak bergelak sakan pula, sebaliknya terkebil-kebil atau tercarut-carut sendiri terhadap RTM dan TV3 kerana menyiarkan kata-kata pemimpin mereka?
Orang PAS tak sepatutnya marah, malah patut berbesar hati kerana di negara mana lagi Parti Pembangkang berpeluang menghamun pemimpin negara di kaca TV, selain Malaysia? Nak bagi peluang mereka terangkan bentuk negara Islam mereka pun, mereka sendiri belum pasti bagaimana bentuknya. Jadi, terpaksalah bagi peluang maki hamun saja.
Orang PAS beri alasan bahawa apa yang disiarkan itu tidak sepenuhnya atau separuh-separuh sebab itu mereka marah. Tetapi, sebenarnya, perkataan-perkataan yang diucapkan oleh Mat Sabu dan Nik Aziz tersebut tidak perlukan penjelasan.
Apakah penjelasan bagi seorang yang menggelar diri sendiri Ulama untuk memanggil seorang Islam lain dengan kata-kata kesat? Apakah penjelasan seorang yang pernah berkhalwat, taraf akademik yang tak seberapa, pakar maki hamun, dan rumah tangga sendiri tak terpimpin, untuk menyatakan dirinya lebih baik dari seorang Perdana Menteri yang disanjung dunia?
Perkara sebegini tidak perlu penjelasan kerana ia bukan berkaitan dasar-dasar Parti atau hala tuju rakyat dan negara, ia hanyalah soal remeh, soal peribadi.
Justeru, kenapa agaknya PAS mesti marah bila perlakuan dan perkataan penceramah dan pemimpin mereka ditayangkan di TV? Jawapannya ialah mungkin kerana mereka tahu bahawa perlakuan dan perkataan tersebut adalah tidak sejajar dengan Islam. Sedikit kewarasan mereka yang tinggal, memberitahu mereka bahawa perlakuan dan perkataan tersebut adalah keji sekaligus memalukan mereka.
Tapi, seperti yang dikata tadi, orang PAS memang unik. Keji pun tak apa, asalkan nampak bulan. Tak sejajar dengan tuntutan Islam pun tak apa….asalkan warna hijau. Selak kain pun tak apa….asalkan mulut melaung suruh buat hudud.
Orang PAS ni bukan apa, sebenarnya mereka saja seronok main politik. Sekurang-kurangnya kalau tak berjaya dalam hidup pun, ada orang nak disalahkan, iaitu kerajaan.

SEKADAR RENUNGAN

Written by Ninja Turtle on Monday, March 2, 2009 at 10:52 AM

Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda,

" Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan cara mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka." (Sahih Bukhari 2297)

Parti PAS ni dok canang satu dunia yang depa ni ada ramai ulama. Ini bertentangan dengan maksud hadith di atas yang mengatakan di akhir zaman, tiada ulama atau ulama sudah habis diwafatkan.

Menurut hadith: " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama". Kalau benar PAS mempunyai ramai ulama tentulah kita ingin tahu dari mana datangnya mereka ini semua ?

Menurut Hadith ini : Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Oleh itu jelaslah yang parti PAS mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Apakah bukti bahawa mereka ini orang bodoh ?

Menurut hadith di atas : Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka semuanya. Kalau diteliti, ternyatalah kebenaran hadith dari Rasulullah SAW ini, kerana didapati bahawa Nik Aziz banyak mengeluarkan fatwa, yang sebelum ini tidak pernah dikeluarkan oleh ulama yang muktabar atau imam yang mujtahid seperti Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Al Ghazali, Imam An Nawawi dan lain-lain lagi.

Persoalan yang timbul ialah adakah kesemua imam-imam ini kurang alim, sehingga tidak dapat mendahului Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang menghalalkan perbuatan memaki dan menghina sesama Islam ? Bagaimana pulakah fatwa Nik Aziz yang mengatakan Allah mencarut dan Samseng ?

Persoalan seterusnya ialah PAS berkata "Cuma ulama sahaja yang layak menjadi pemimpin". Kalau begitu sudah tentu semua calon dari parti PAS, mestilah terdiri dari ulama. Persoalannya sekarang, adakah mereka-mereka yg berada didalam PAS itu semuanya ulama? Ketahuilah! Sesuatu disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah benar dan sebagai orang Islam kita kena yakin dan berpegang teguh kepadanya.

Oleh itu marilah kita renung bersama-sama siapakah manusia yang dimaksudkan sebagai sesat dalam hadith tersebut di atas.